Hasil kajian yang dikeluarkan oleh Women’s Health Initiative itu dipandang serius oleh pakar-pakar perubatan memandangkan ia dijalankan dalam tempoh dua dekad sejak 1990-an dan membabitkan 48,835 responden wanita berusia 50 hingga 79 tahun.

Kajian itu mendedahkan, wanita sihat yang mengubah diet mereka untuk tempoh sekurang-kurangnya lapan tahun dan kemudiannya menghidap kanser payudara mempunyai 21 peratus peluang lebih rendah untuk mati berbanding wanita yang meneruskan diet makanan seperti biasa.

Seorang pakar kanser payudara daripada Universiti Stanford, Dr. Lidia Schapira berpendapat bahawa hasil kajian itu perlu dipandang serius orang ramai.

“Kita perlu melihat kajian itu dengan serius. Apa yang kita makan adalah penting,” katanya yang merupakan jurucakap persatuan onkologi. - Agensi