Ahli paleontologi dari Universiti Ohio menemui fosil haiwan berusia 22 juta tahun itu dalam sebuah kotak simpanan di Muzium Kebangsaan Kenya.

Sebelum ini, spesimen itu dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang kajian sehingga penyelidik universiti berkenaan menemuinya semula dan menyedari kepentingan fosil berkenaan.

Pengkaji menamakan fosil itu sebagai Simbakubwa kutokaafrika, sejenis haiwan karnivor gergasi yang mempunyai tengkorak sebesar kepala badak sumbu. Simbakubwa bermaksud singa besar dalam bahasa Swahili di Afrika tetapi bukan tergolong dalam keluarga kucing.

Haiwan purba daripada kumpulan mamalia karnivor hyaenodonts itu pernah menduduki tahap teratas rantaian makanan di benua Afrika. Ia juga mendominasi rantau Afrika selepas kepupusan dinosaur kira-kira 66 juta tahun dahulu.

“Ini adalah fosil penting menunjukkan koleksi muzium untuk memahami sejarah evolusi,” kata Profesor Stevens yang mengetuai penyelidikan tersebut. – Agensi