Makanan itu dihasilkan menerusi proses penapaian.

Dianggap protein paling mesra alam di dunia, Solein dihasilkan dengan mengalirkan arus elektrik di dalam air untuk membebaskan buih-buih mengandungi karbon dioksida dan hidrogen.

Mikrob hidup ditambah ke dalam cecair tersebut dan memakan buih-buih karbon dioksida serta hidrogen, seterusnya menghasilkan Solein yang kemudian dikeringkan untuk dijadikan serbuk.

Penghasilannya melibatkan proses penapaian seperti membuat bir tetapi memerlukan sebuah reaktor khas

Solein kering itu mengandungi 50 peratus kandungan protein. Ia kelihatan dan memiliki rasa seperti tepung gandum.

Makanan itu boleh digunakan dalam semua jenis diet.

“Solein adalah makanan jenis baharu, berbeza daripada semua makanan di pasaran hari ini. Makanan ini tidak memerlukan proses pertanian atau penternakan untuk menghasilkannya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Solar Foods, Dr. Pasi Vainikka kepada akhbar The Guardian.

Makanan menakjubkan itu boleh dihasilkan di mana-mana sahaja di dunia. Ia adalah menjimatkan tenaga dan mesra alam sekitar. - Agensi