Ketua gengster Chicago itu berpindah ke rumah tersebut dari New York bersama ibu dan adik perempuannya pada tahun 1923. Rumah berkenaan dibeli oleh Al Capone dengan harga AS$5,000 (RM20,500) ketika dia bekerja sebagai orang kanan ketua penjenayah, Johnny Torrio.

“Kami menerima 80 tawaran untuk rumah tersebut. Jualan itu juga menerima banyak liputan akhbar, saya rasa penyebaran berita itu membantu menaikkan harganya,” kata ejen hartanah syarikat Re/Max Properties, Ryan Smith.

Rumah itu telah beralih tangan beberapa kali sebelum disita daripada pemilik terakhirnya yang muflis pada tahun lalu. Capone, yang juga dikenali sebagai ‘Scarface’ lahir pada tahun 1899 di Brooklyn, New York dan mula terlibat dengan jenayah pada tahun 1920 selepas bapanya meninggal dunia. – Agensi