Katie McKid bersama suaminya, Rob Trepess dan anak perempuan mereka, Summer sedang memandu ke pekan Nyngan di tengah negeri New South Wales apabila ribut yang bentuknya seperti Ayers Rock itu melitupi jalan raya.

“Kami tidak mendapat sebarang makluman tentang ribut pasir di kawasan ini. Kami juga boleh melihat kepulan pasir tinggi itu dari jauh,” kata McKid.

Ayers Rock ialah batu pasir besar setinggi 863 meter dari aras laut dan terletak di Wilayah Utara, tengah Australia.

Keluarga itu sempat mengambil beberapa keping gambar selepas berhenti di tepi jalan yang jaraknya jauh dari ribut tersebut. Lapisan debu dan pasir merah ditinggalkan ribut itu sepanjang 400 kilometer dari pekan Nyngan ke pekan Young.

Beberapa orang pengguna media sosial yang tinggal berhampiran turut berkongsi gambar ribut pasir dengan kelajuan angin 90 kilometer sejam itu. 
– Agensi