Fenomena luar biasa itu menyebabkan sebahagian besar kawasan pantai berkenaan dilitupi bangkai tapak sulaiman bersama beberapa spesies ikan dan udang kara.

Seorang jurugambar, Lara Maiklem, 47, bersama dua anak kembarnya cuba menyelamatkan seberapa banyak tapak sulaiman itu dengan mengembalikan haiwan itu ke dalam air laut.

Maiklem turut berkongsi gambar fenomena tapak sulaiman terdampar di laman Facebook London Mudlark yang mempunyai seramai 30,000 pengikut.

Menurutnya, tapak sulaiman dipercayai terdampar di Ramsgate hingga ke sejumlah pantai di Broadstairs sejauh kira-kira 3 kilometer. – Agensi