Cole Swaringer-Herring, 23, didakwa menikam Sabriya McLean, 15, lebih 50 kali selepas mereka berdua bertemu buat kali pertama di kediaman ibu bapa suspek di Philadelphia Barat di sini.

McLean dari New Castle, Delaware dekat sini berkenalan dengan suspek menerusi Facebook, menurut polis yang masih menyiasat motif pembunuhan itu.

Swaringer-Herring mengaku me­lakukan pembunuhan itu kepada ibu bapanya sebelum mereka membawanya ke balai polis berhampiran.

Pegawai penyiasat menahan Swaringer-Herring sebaik sahaja menemui mayat McLean di lokasi kejadian. Dia kini berdepan pertuduhan membunuh, membakar dan mende­ra mayat.

Polis Philadelphia, Kapten John Ryan berkata, pihaknya sedang menyiasat sama ada suspek mempunyai kaitan dengan kes-kes jenayah lain.

Swaringer-Herring pernah dikenakan hukuman penjara selepas mengaku melakukan rompakan dan mendatangkan kecederaan pada tahun 2013. – Agensi