Rakaman di Tadika Pusat Zhangwu di bandar ini pada 18 Disember lalu menunjukkan remaja dikenali sebagai Xiao Wen itu menyuruh beberapa murid nakal beratur untuk dihukum malah menyuap sisa makanan dalam mulut seorang murid.

Guru besar tadika itu mendakwa mereka telah memecat Xiao Wen selepas mendapat aduan daripada ibu bapa tetapi polis memaklumkan remaja itu tidak boleh dihukum kerana belum mencapai usia sah untuk bekerja iaitu 16 tahun.

Seorang bapa dikenali sebagai Ma memberitahu agensi berita Shangyou Xinwen bahawa anaknya yang berusia lima tahun kerap tidak boleh tidur malam malah pernah meminta ditukarkan ke tadika lain sebelum pendedahan itu.

Lebih mengejutkan, Ma mendakwa kad pengenalan Xiao Wen menunjukkan guru haram itu baru berusia 12 tahun. Polis dan ibu Xiao Wen menafikannya dengan alasan berlaku kesilapan pada kad pengenalan itu. – Agensi