Mengikuti rapat pada kedudukan kedua ialah filem seram A Quiet Place arahan John Krasinki dengan kutipan AS$32.6 juta (RM126 juta).

Tempat ketiga pula diraih oleh filem seram bajet rendah Blumhouse bertajuk Truth or Dare yang mengutip AS$19.1 juta (RM74.1 juta) dalam tempoh tiga hari pertama tayangan selepas pembukaan filem Friday the 13th.

Rampage merupakan sebuah filem bergenre aksi pengembaraan arahan Brad Peyton yang diadaptasi daripada permainan klasik dari tahun 1980-an.

Ia mengisahkan tentang seorang ahli primatologi bernama Davis Okoye lakonan Johnson yang telah menemui seekor anak gorila di dalam ruang sebuah makmal. Gorila itu dibela dengan baik oleh Okoye, namun ia menjadi buas dan liar sehingga menghancurkan bandar gara-gara eksperimen yang dilakukan. - AP