Klip video berdurasi 13 saat itu menunjukkan Taylor Scallon ketawa sambil memandang rambut panjangnya yang berada dalam keadaan menegak.

Des Moines merupakan ibu negeri Iowa yang dilanda cuaca sejuk melampau akibat tiupan angin sejuk Artik hingga menyebabkan suhu menjunam di bawah paras lebih -20 darjah Celsius.

“Adakah Iowa benar-benar sejuk seperti itu (sehingga rambutnya beku),” menurut kapsyen Scallon di laman Twitter.

Sebilangan netizen yang menonton rakaman video itu menyatakan rambut Scallon seperti watak utama dalam siri televisyen anime Jepun Dragon Ball iaitu Son Goku. Klip video itu dimuat naik ke laman Twitter dan ditonton lebih 103,000 kali.

Scallon dipercayai mengelap rambut basahnya ke atas sebelum ia mengeras dalam cuaca sejuk. – Agensi