Kaji selidik oleh pengeluar pakaian dalam jenama Tommy John itu mendedahkan, sebanyak 45 peratus daripada mereka memakai seluar dalam sama selama dua hari atau lebih lama.

Lebih memalukan, 13 peratus responden dalam kaji selidik tersebut mengaku bahawa mereka memakai pakaian dalam sama selama tujuh hari ataupun lebih lama.

Orang lelaki pula didapati 2.5 kali ganda lebih cenderung berbanding wanita untuk tidak menukar seluar dalam selama seminggu.

Kaji selidik tersebut melibatkan seramai 1,000 penduduk di AS.

Seorang wakil Tommy John memberitahu portal berita Mail Online: “Keputusan kaji selidik ini menunjukkan terdapat sedikit sahaja perbezaan antara lelaki dan wanita sekali gus menolak teori bahawa wanita mempunyai kesedaran lebih tentang kebersihan atau sebaliknya.”

Kajian sama turut mendedahkan bahawa orang ramai jarang membelanjakan wang untuk membeli pakaian dalam baharu, dengan 46 peratus responden mengaku memiliki set pakaian dalam sama selama setahun atau lebih.

Sehubungan itu, Tommy John menyarankan orang ramai supaya menggantikan pakaian setiap tempoh enam bulan sehingga setahun kerana pakaian dalam lama akan mengumpulkan mikroorganisma dan kulat.

Pengumpulan mikroorganisma itu boleh menyebabkan jangkitan pada saluran kencing.

“Wanita terutamanya, perlu berhati-hati kerana mereka lebih berisiko berdepan isu kesihatan akibat pakaian dalam tidak bersih berbanding lelaki,” tambah jurucakap sama. – Agensi