Makhluk misteri itu yang dikatakan menyerupai obor-obor comb, hidup jauh di dasar laut pada zaman prasejarah. Ia menggunakan rerambut pada setiap tentakel untuk menangkap mangsanya di dalam laut.

Fosil haiwan aneh itu ditemui oleh sepasukan saintis ketika mereka meneroka perairan di China.

Penyelidik utama kajian itu daripada Universiti Bristol, Jakob Vinther bersama beberapa saintis China.

“Dengan berpandukan fosil ini, kami mengetahui dari mana rerambut tersebut berasal,” katanya kepada laman web Live Science.

Menurutnya, raksasa ganjil itu diberi nama Daihua sanqiong. – Agensi