Idea yang bijak itu membolehkan Jemima Campbell memperagakan pelbagai jenis fesyen tanpa membeli beratus-ratus pakaian berjenama.

Dia kemudian menyiarkan gambar-gambarnya yang memperagakan pelbagai jenis pakaian itu di laman Instagramnya.

Campbell berkata, idea bijak itu bermula selepas dia menyiarkan gambar yang menunjukkannya memakai fesyen tahun 1980-an iaitu seluar berwarna merah jambu dan sehelai baju sweatshirt atau kemeja peluh di laman Instagramnya.

“Saya membuka laman ini bukannya untuk terkenal tetapi sebagai inspirasi kepada orang muda seperti saya sendiri dalam dunia fesyen di samping menonjolkan gaya terkini,” katanya baru-baru ini.

Antara pengikut terkenal di laman Instagramnya itu ialah personaliti televisyen British, Lydia Bright dan pereka kasut, Patrick Cox. – Agensi