Dalam imej tersebut, turut kelihatan beberapa ekor ikan lumba-lumba sedang berenang di kawasan berhampiran.

Momen mengagumkan itu dirakam oleh Robert Hughes di Thatcher Rock sewaktu dia sedang membawa 12 orang penumpang semasa sesi lawatan hidupan liar pada pukul 8.30 pagi.

Ikan jerung jenis tersebut kebiasaannya ditemui dalam iklim tropika serta panas di kawasan Atlantik Tengah dan merupakan sesuatu yang jarang dilihat di perairan Devon.

Ia boleh mencapai kepanjangan sehingga enam meter dan mempunyai ekor panjang yang hampir menyamai panjang badan mereka. – Agensi