Insiden berlaku ketika lelaki yang tidak didedahkan identitinya sedang melakukan persiapan untuk aktiviti luncur udara di Gunung Borah, Manilla di sini.

Puting beliung kuat bersama debu yang terbentuk secara tiba-tiba menyedut lelaki berkenaan dan ‘menerbangkannya’ sejauh 180 kilometer (km) dari lokasi asal ke bandar Moree di sini.

Isteri peluncur udara itu yang turut menyertai aktiviti luncur udara itu sempat merakamkan kejadian cemas tersebut.

Ketua Jurulatih Penerbangan Manilla Paragliding, Godfrey Wenness menyatakan: “Juruterbang itu berjaya mengawal penerbangan tetapi dia ‘diterbangkan’ oleh angin puting beliung itu selama lima jam sejauh 180km.

“Dia tidak cedera dalam insiden itu dan peralatan meluncur tidak rosak. Isterinya sempat membuat rakaman video kejadian cemas itu.” – Agensi