Hujan lebat selepas kemarau 10 bulan pada Selasa lalu mengakibatkan lumpur dan serpihan lain mengalir turun dari kawasan bukit ke Montecito dan beberapa bandar lain di daerah Santa Barbara, barat laut Los Angeles.

“Kami sedang mencari dan menyiasat seramai 43 orang bagi memastikan sama ada mereka benar-benar hilang.

“Jumlah itu berubah dari masa ke masa,” kata Syerif Santa Barbara, Bill Brown.

Menurutnya, mereka yang masih hilang mungkin terselamat, tetapi memberi amaran bahawa angka korban dijangka meningkat.

Pihak berkuasa berkata, situasi kini masih samar. Terdahulu, pihak berkuasa menyatakan bahawa mangsa yang hilang hanya lapan orang.

“Terdapat ibu, bapa, datuk, adik-beradik dan sena­rai ini terus bertambah,” kata Brown lagi. – AFP