Pulau SuperShe yang terletak di luar pantai di sini bakal dibuka kepada pengunjung wanita sahaja pada hujung tahun ini memandangkan projek kediaman itu masih dalam proses pembinaan.

“Saya mendapat ilham ini selepas bercuti di satu destinasi pelancongan di AS. Ia turut mengamalkan konsep yang sama dan apa yang saya dapati ialah golongan lelaki cuma satu gangguan kepada pengunjung wanita,” kata Roth.

Bagaimanapun, Roth menegaskan bahawa tiada sebarang unsur kebencian kepada lelaki di sebalik polisi itu, namun cuma memberi keutamaan kepada wanita.

Pulau berkeluasan 3.39 hektar itu akan menempatkan 10 kediaman berbentuk kabin yang dilengkapi dengan spa selain sesi kecergasan, senaman yoga dan kelas memasak. – Agensi