Demonstrasi besar-besaran pada hujung minggu itu adalah yang ketujuh berturut-turut.

Seorang wanita, Anita Poon, 35, berkata, dia memilih untuk menyer­tai protes anti-Beijing itu buat kali pertama selepas melihat kumpulan warga emas turut me­nunjuk perasaan awal minggu lalu.

“Jika nenek pun keluar me­nunjuk perasaan, bagaimana kami boleh hanya berpeluk tubuh sahaja?,” katanya kepada agensi berita AFP.

“Pemerintah tidak menyahut suara rakyat, ini punca mengapa tunjuk perasaan terus diadakan,” tambahnya.

Secara keseluruhan, demons­trasi besar-besaran itu, termasuk yang diadakan sebelum ini, berlangsung aman walaupun berlaku pergelutan antara polis dan sekumpulan kecil penunjuk perasaan yang kecewa bantahan awam sejak beberapa tahun lalu tidak membuahkan hasil.

Tunjuk perasaan besar-besaran itu berpunca daripada bantahan terhadap rang undang-undang yang membenarkan warga Hong Kong diekstradisi ke tanah besar China. Rang undang-undang tersebut bagaimanapun telah dimansuhkan.

Ketegangan di pulau itu bertambah serius selepas polis mengesahkan penemuan sebuah makmal yang digunakan untuk membuat bahan letupan. Polis kemudian menangkap seorang pemuda berusia 27 tahun dan merampas sejumlah risalah prokemerdekaan. – AFP