Prabowo menerusi peguamnya, Bambang Widjojanto memfailkan peti­syen ke mahkamah pada pukul 10.43 malam semalam. Mahkamah Konstitusi dibuka hingga pukul 12 tengah malam tadi, untuk masa dan tarikh akhir kemukakan bantahan Pilihan Raya Umum Indonesia (Pemilu 2019).

KPU memberikan tempoh selama 72 jam kepada pihak yang kalah pada Pilpres untuk mengemukakan bantahan terhadap keputusan di Mahkamah Konstitusi.

Keputusan Pilpres diumumkan pada Selasa lalu menyaksikan Presiden Joko Widodo (Jokowi) memenangi pilihan raya presiden 2019 sebelum satu protes besar-besar berlaku hingga mengorbankan sekurang-kurangnya lapan nyawa.

Proses perbicaraan akan bermula pada 14 Jun ini, sebelum mahkamah dijangka membuat keputusan pada 28 Jun 2019.

Pemerhati dan penganalisis berkata, apa jua keputusan Mahkamah Konstitusi itu adalah sesuatu yang muktamad dan perlu dihormati semua pihak demi ke­stabilan politik di Indonesia. – Bernama