Akhbar Daily Mail melaporkan kenderaan vintaj yang dikenali sebagai Type 64 #3 itu dimiliki seorang pengumpul kereta dari Vienna, Austria, Dr. Thomas Gruber.

Ia mungkin menjadi kereta Porsche paling mahal dijual jika lelongan tersebut berjaya.

Porsche Type 64 itu dibina untuk perlumbaan sejauh 1,500 kilometer antara Berlin, Jerman dan Rom, Itali pada 1939.

Bagaimanapun, penjajahan tentera Nazi ke atas Poland pada September tahun sama menyebabkan perlumbaan itu dibatalkan.

“Tanpa Type 64 maka tiada model Porsche 356, 550 atau 911. Ini adalah permulaan jenama dan syarikat kereta mewah itu,” kata pakar kenderaan Sotheby’s, Marcus Gorig dalam satu kenyataan akhbar.

Porsche memperkenalkan kereta pertamanya iaitu model 356 bersama model Type 64 di Australia pada 1948. Pelumba terkenal, Otto Mathe merupakan pemilik pertama Type 64 itu pada 1949 dan menggunakannya untuk perlumbaan sekitar tahun 1950-an.

Mathe menyimpan kereta itu hingga dia meninggal dunia pada 1995 sebelum ia dijual kepada Gruber. - Agensi