Laporan oleh Akademi Sains Sosial China (CASS) tersebut mencadangkan agar pemerintah melaksanakan dasar efektif untuk berdepan dengan tenaga buruh yang lebih kecil dan populasi lebih berusia.

“Gabungan kedua-dua perubahan itu boleh menyebabkan impak sosial dan ekonomi yang sangat tidak diingini,” jelas laporan yang diterbitkan dalam Buku Hijau Kependudukan dan Buruh CASS.

Tambah laporan itu, pertumbuhan populasi usia bekerja kini terencat, manakala kadar kelahiran rendah akan membawa le­bih banyak masalah kepada negara.

Menjelang pertengahan abad ini, penduduk China dijangka merosot kepada 1.36 bilion sekali gus menyaksikan kemerosotan tenaga kerja hampir 200 juta orang.

Jika kadar kesuburan pula kekal rendah, populasi rakyat negara tembok besar itu boleh menurun serendah 1.17 bilion menjelang tahun 2065. – Agensi