Rodney Puckett (gambar kecil), 70, dari Sand Springs, Oklahoma ditahan ketika satu operasi pemeriksaan trafik pada Isnin lalu dan mayat itu pula dikenal pasti sebagai Linda Puckett, 74.

Rodney mendakwa Linda meninggal dunia di sebuah hotel di Texas ketika bercuti. Dia memindahkan mayat itu ke dalam kereta miliknya dan meneruskan pemanduan ke satu lokasi yang tidak didedahkan.

Jabatan Polis Eloy dan pihak berkuasa di Texas kini sedang menyiasat sama ada Linda dibunuh atau sebaliknya.

Linda pernah memfailkan penceraian pada bulan Februari lalu dan mempunyai satu perintah perlindungan terhadap Rodney.

Mayat itu diserahkan kepada Pemeriksa Perubatan Daerah Pinal untuk menentukan punca kematian. Rodney pula ditahan di Penjara Daerah Pinal kerana menyembunyikan mayat. – Agensi