Menurut laporan, suspek yang tidak didedahkan identiti itu terperangkap di situ ketika memanjat keluar tingkap berkenaan untuk mengelakkan dirinya ditahan pihak berkuasa.

Suspek lelaki itu dikenal pasti terlibat dalam satu rompakan kedai runcit di Yiyang, wilayah Hunan pada 24 Mac lalu. Dia didakwa mencuri kad bank dan mengeluarkan wang sebanyak 10,000 yuan (RM6,150) daripada akaun pemilik kedai berkenaan.

Satu rakaman video menunjukkan lelaki berkenaan menjerit sambil berpaut pada tingkap ketika menyedari dia berdepan kesukaran mengimbangkan diri ketika memijak belebas tingkap berkenaan.

“Jika menyerah, kamu masih ada peluang. Kamu masih muda,” kata seorang pegawai polis kepada suspek berkenaan.

Suspek akur dan menyerah diri selepas polis membantu menyelamatkan dirinya.

Polis menyatakan suspek itu mahu menggunakan wang itu untuk memulakan perniagaan bersama seorang rakan. Kes itu masih disiasat pihak berkuasa. – Agensi