Jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld berkata, suspek menembak bunga api ke arah anggota-anggota polis ketika pihak berkuasa mengadakan operasi di kejiranan Issawiya.

“Akibat membedil bunga api dan membahayakan nyawa polis, lelaki Palestin itu ditembak dan mengalami kecederaan kritikal,” katanya.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan mangsa, Mohammed Obeid, 20, meninggal dunia akibat kecederaan.

“Seorang rakyat Palestin mati syahid selepas perampas (Israel) menembaknya di kejiranan Issawiya,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Rosenfeld berkata, bunga api yang diikat dalam kuantiti yang banyak kerap ditembak ke arah pasukan keselamatan Israel.

“Pada jarak tertentu, ia membahayakan nyawa anggota kami,” katanya.

Israel menawan Baitulmuqaddis Timur dan Tebing Barat semasa Perang Enam Hari pada tahun 1967. Langkah tersebut tidak pernah diiktiraf oleh ma­syarakat antarabangsa. – AFP