Gilberto Valle pernah dipenjara pada tahun 2012 kerana melakukan konspirasi menculik bersama isterinya, Kathleen Mangan.

Mangan kemudian memberitahu Biro Siasatan Persekutuan (FBI) bahawa Valle telah merancang untuk membunuh dan memakan daging lebih 100 wanita.

Kes itu menyebabkan Valle dipecat dari jawatannya di NYPD manakala isterinya memfailkan perceraian.

“Saya bimbang dia mungkin akan membunuh anak perempuan kami,” kata Mangan.

Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan berusia enam tahun, Josephine. Mangan kini berusaha mendapatkan hak penjagaan anaknya itu di sebuah mahkamah di Nevada. – Agensi