Gambar Ardern, 38, mencium dan memegang bayinya yang berumur tiga bulan di dewan utama itu semasa Sidang Kemuncak Keamanan Nelson Mandela menjelang Perhimpunan Agung menjadi tular di internet.

Jurucakap PBB, Stephane Dujarric mengesahkan perkara itu kelmarin. Belia berkata, ini kali pertama dalam sejarah 73 tahun penubuhan badan dunia itu seorang pemimpin wanita membawa bayinya memasuki Dewan Perhimpunan Agung.

“Ia juga satu perkara yang baik dan kami gembira menerima Neve di dalam Dewan Perhimpunan Agung. Di dunia, ini, hanya lima peratus pemimpinnya adalah wa­nita, justeru, kita perlu melakukan apa yang termampu supaya mereka berasa dialu-alukan,” katanya.

Ardern kini merupakan pemimpin wanita termuda di dunia. Selain itu, beliau juga ialah Perdana Menteri kedua yang melahirkan anak semasa menjawat jawatan selepas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto berbuat demikian pada tahun 1990. 
– AFP