Penyelidik Universiti Kebangsaan San Diego memaklumkan planet itu lebih besar daripada planet Neptune tetapi kecil daripada Zuhal dengan suhu permukaan kira-kira 169 darjah Celsius.

Sebelum ini hanya dua planet dikesan mengelilingi orbit Kepler-47 kerana planet ketiga itu tidak melintas di hadapan dua matahari tersebut menyebabkan teleskop angkasa lepas Kepler milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan AS (NASA) gagal mengesannya.

“Kami mula mengesan sedikit petunjuk planet ketiga pada tahun 2012 tetapi kami memerlukan lebih banyak data untuk mengesahkannya. Dengan imej pergerakan terbaru, kami dapat mengesahkan tempoh pusingan orbit planet baharu itu,” kata ketua penyelidik, Jerome Orosz.

Kumpulan penyelidik itu juga agak terkejut dengan lokasi dan saiz planet baharu tersebut. Planet baharu itu adalah yang paling besar antara ketiga-tiga planet dalam sistem solar berkenaan tetapi terselindung sejak sekian lama. – Agensi