Fenomena itu dirakam oleh jurugambar Jerman, Nick Beyersdorf, 20, yang berada di halaman rumah bersama ibunya, kira-kira 7,000 meter di bawah pesawat tersebut.

“Ia sesuatu yang menarik apabila melihat aluminium seberat 600 tan (pesawat) terbang tinggi di atas kamu. Disebabkan sudut sinaran Matahari, wap yang terhasil daripada ekzos pesawat membias cahaya bagi menghasilkan efek pelangi.

“Saya kemudiannya merakam beberapa keping gambar selepas ternampak jejak pelangi di belakang kapal terbang itu,” kata Beyersdorf.

Wap biasanya terhasil daripada ekzos ketika pesawat terbang pada kelajuan tinggi di langit. Ia merupakan partikel ais akibat suhu sejuk pada altitud tinggi.

Apabila wap itu terhasil berdekatan sinaran Matahari, cahaya akan terbias dan menghasilkan spektrum berwarna-warni di udara. - Agensi