“Pesawat itu terhempas dan mengorbankan 17 orang, manakala tiga mangsa masih hidup,” kata Abel kepada agensi berita Reuters melalui telefon dari Yirol. Pesawat itu membawa seramai 22 orang dengan dua masih hilang.

“Seorang mangsa yang hidup ialah seorang doktor warga Itali yang bekerja dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan. Dia berada dalam keadaan kritikal dan menjalani pembedahan di Hospital Yiro,” tambah menteri tersebut.

Kapal terbang itu jatuh ke dalam sebatang sungai, manakala seorang saksi kejadian memberitahu, mayat-mayat mangsa dialihkan dari sungai berkenaan.

Seorang sumber berkata, tiga kanak-kanak merupakan antara 22 orang yang berada di dalam pesawat itu. – Reuters