Menurut agensi pengangkutan udara Rosaviatsia, Ural Airlines, A321 yang membawa 226 penumpang dan tujuh anak kapal itu dalam penerbangan dari lapangan terbang Zhkovsky Moscow, ke Simferol Crimea.

"Sekumpulan burung itu dilaporkan merempuh sebaik saja pesawat berlepas dan telah menyebabkan kerosakan pada enjin.

"Kejadian tersebut telah memaksa juruterbang membuat pendaratan cemas di ladang jagung tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Rosaviatsia memberitahu, kesemua penumpang berjaya dikeluarkan daripada pesawat dan beberapa individu telah dibawa ke hospital manakala selebihnya dibawa ke lapangan terbang.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan memaklumkan, seramai 23 orang dimasukkan ke hospital, termasuk sembilan kanak-kanak namun tiada yang mengalami kecederaan teruk. - Agensi