Jurucakap Tentera Udara Peru berkata, kejadian berlaku akibat pesawat malang itu terpaksa melakukan pendaratan cemas sebelum terhempas dan menghempap sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Katanya, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

Sementara itu, dua orang juruterbang pesawat berkenaan dilaporkan cedera dan telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. - Agensi