Bagaimanapun, baru-baru ini, Marcela Iglesias akhirnya berani tersenyum lebar selepas dia menjalani pembedahan kosmetik gigi yang menelan belanja sebanyak AS$45,000 (RM187,481).

Wanita itu menjalani pembedahan tersebut ekoran malu dengan giginya, malah selama enam tahun dia cuba mengelak daripada menunjukkan barisan giginya yang jarang apabila tertawa.

Katanya, dia mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan kerana berasakan tahun ini adalah paling sesuai berbuat demikian.

“Saya mendambakan senyuman lebar seperti Julia Roberts. Saya juga mengagumi Pauly D dan Kourtney Kardashian. Apabila mereka senyum di kaca televisyen, saya turut sama senyum,” kata Marcela yang tidak mendedahkan usianya.

Wanita itu kelihatan lebih ceria dan muda selepas menjalani pembedahan itu, malah keluarganya turut terkejut melihat perubahan yang berlaku.

“Saya memiliki gigi yang ‘kecil’ dan jarang kerana malas menggosok gigi semasa kanak-kanak,” ujarnya. – Agensi