Suspek penyerang, Brenton Tarrant berdepan 50 pertuduhan membunuh dan 39 cubaan membunuh susulan serangan di dua buah masjid pada 15 Mac lalu.

Warga Australia yang ber­umur 28 tahun itu akan diperiksa oleh dua penilai kesihatan untuk menentukan ‘sama ada dia layak dibicarakan atau tidak siuman’, kata Hakim Mahkamah Tinggi, Cameron Mander yang memutuskan perkara itu di Christchurch.

Tarrant muncul di mahkamah melalui sidang audio video dari Auckland, lokasi dia ditahan dalam pengasingan di sebuah penjara kawalan maksimum.

Suspek yang mengakui diri­nya pelampau kulit putih duduk kaku sepanjang pendengaran awal kes dan tidak diperlukan untuk mengemukakan rayuan. Beberapa waris keluarga mang­sa pembunuhan dilihat hadir ke mahkamah sama.

Tarrant akan berada dalam tahanan hingga kes pendengaran mahkamah seterusnya pada 14 Jun ini.

Suspek membuat penstriman langsung ketika melepaskan tembakan di dalam Masjid Al Noor yang dipenuhi jemaah ketika Solat Jumaat sebelum kembara dan meneruskan serangan di Masjid Linwood.

Tarrant memecat peguam dilantik pihak mahkamah selepas kali pertama dihadapkan ke mahkamah. Bagaimanapun, dua peguam Auckland, Shane Tait dan Jonathan Hudson hadir ke mahkamah mewakili pihaknya. – AFP