Menurut kementerian itu, sikap AS yang mudah melenting dengan isu perdagangan dua hala juga menjadikan rundingan bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku menjadi semakin sukar.

“China yakin rundingan perdagangan dengan AS sebelum ini dilihat semakin membina tetapi sikap kerajaan AS yang tidak dapat diramalkan dan mudah berasa tercabar menyebabkan Beijing terpaksa bertindak balas dengan cara yang tegas,” kata jurucakap Kementerian Perdaga­ngan, Gao Feng.

Presiden AS, Donald Trump pada Isnin lalu mengugut untuk mengenakan 10 peratus tarif ke atas AS$200 bilion (RM800 bilion) barangan import China jika Beijing bertindak balas de­ngan pengumuman terdahulu iaitu menyasarkan AS$50 bilion (RM200 bilion) ke atas produk import AS.

Malah, AS mendakwa China mencuri hak intelektual AS, sebaliknya dakwaan itu dinafikan Beijing.

Dakwaan Washington itu menyebabkan perpindahan teknologi yang hanya memutarbelitkan realiti dan China telah bersedia sepenuhnya untuk bertindak balas dengan menggunakan peralatan kuantitatif dan kualitatif sekiranya AS menyiarkan senarai baharu tarif, kata Gao.

Hakikatnya, pasaran kewa­ngan bimbang dengan konflik perdagangan terbuka antara dua negara ekonomi terbesar dunia itu selepas tiga pusingan rundi­ngan peringkat tinggi yang diadakan sejak awal Mei.

Malangnya, rundingan itu gagal mencapai penyelesaian terhadap aduan AS mengenai amalan China dan defisit perdagangan bernilai AS$375 bilion (RM1.5 trilion) dengan China.

China berkata, pihaknya akan mengenakan tarif tambahan ke atas 659 barangan AS sebagai tindak balas, manakala duti 545 barangan itu akan dikeluarkan pada 6 Julai selepas Trump berkata Washington akan me­ngenakan tarif bernilai AS$50 bi­lion ke atas produk China.

Antara barangan AS yang akan terjejas mulai 6 Julai termasuk kacang soya, buah-buahan, da­ging seperti khinzir termasuk produk ikan.

Bagaimanapun, Beijing masih belum mengumumkan tarikh pengaktifan tarifnya itu terhadap 114 baki produk AS termasuk minyak mentah, arang batu dan pelbagai produk bahan api.

China mengimport bara­ngan AS bernilai AS$129.89 bi­lion (RM521.24 bilion) pada tahun lalu, manakala AS membeli produk China AS$505.47 bilion (RM2 trilion), menurut data AS. – REUTERS