Mane, 26, yang bermain sebagai penyerang kelab Liverpool menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-10 ketika aksi menentang Leicester City pada 1 September lalu. Liverpool menang 2-1 pada pertemuan itu.

Selepas beberapa jam tamat perlawanan, Mane berkunjung ke sebuah masjid dan mencuci beberapa tandas bersama beberapa individu lain.

“Saya bertemu seorang warga Ghana yang menjadi kawan baik di masjid dan mempelawa dia untuk minum bersama. Dia menolak dengan alasan mahu mencuci tandas masjid.

“Saya beritahu dia, saya mahu membantunya,” katanya yang menyedari ada individu lain merakam aksinya mencuci tandas di situ.

Mane meminta perakam video itu agar tidak mendedahkan video tersebut kepada umum. Keesokan harinya, video itu tular di internet dan beberapa netizen menyatakan lokasi itu adalah di Masjid Al-Rahma di Jalan Mulgrave di sini. – Agensi