Penumpang wanita berusia lewat 50-an itu tiba di lapangan terbang Sheremetyevo, dekat sini dari Belgrade kelmarin.

“Dia sedang menunggu untuk mengambil bagasinya apabila terlihat pengangkut haiwan peliharaan dengan anjingnya dan cuba mencapainya.

“Malangnya dia hilang keseimbangan membuatkannya terjatuh di atas laluan karusel bagasi dan dibawa hingga ke bilik bagasi,” kata jurucakap polis pengangkutan kepada agensi berita Moskva.

Wanita itu didenda 20 euro (RM95) kerana menyebabkan kerosakan pada sistem pengangkutan barang lapangan terbang, kata polis. - AFP