Rakaman yang dimuat naik Ana Bel García Ortiz melalui akaun @ortizanita6 dalam aplikasi TikTok itu telah dikongsi lebih 1,000 kali dan menerima 5,477 Like setakat semalam.

Pengantin perempuan mulanya dilihat duduk di atas riba suaminya yang menggunakan kerusi roda. Dua pengapit kemudian duduk di sebelah kerusi roda itu dan mengikat kaki mereka kepada kaki pengantin lelaki tersebut.

Mereka bertiga kemudian bangun serentak dan untuk beberapa saat menari dengan pengantin perempuan dalam dakapan suaminya mengikut rentak lagu Make It To Me nyanyian Sam Smith. Hadirin turut kelihatan terharu menyaksikan kasih sayang antara pasangan tersebut.

Ortiz bagaimanapun tidak mendedahkan identiti pasangan tersebut, lokasi mahupun tarikh majlis itu berlangsung tetapi dipercayai dirakam di satu lokasi di Amerika Syarikat. – Agensi