Vittorio dan adiknya, Paolo Taviani membentuk salah satu daripada duet pengarah paling hebat dalam sinema dan menghasilkan filem-filem politik bersama selama hampir setengah abad.

Salah satu karya terbaik mereka ialah filem bertajuk Padre Padrone yang menjalani penggambaran di Sardinia dan berjaya memenangi anugerah Palme d’Or di Cannes, Perancis pada tahun 1977.

Dilahirkan di San Miniato, Tuscany pada 20 September 1929, Vittorio menghembuskan nafas terakhir di Rom selepas menderita sakit tua yang berpanjangan.

“Ia hari yang sedih untuk kebudayaan, kami telah kehilangan insan terhebat dalam bidang perfileman,” kata Menteri Kebudayaan Itali, Dario Franceschini.

Satu lagi filem yang dihasilkan Vittorio ialah Caesar Must Die pada tahun 2012 yang turut memenangi anugerah Golden Bear pada Festival Filem Antarabangs Berlin. - AFP