Haiwan setinggi 2.1 meter itu digambarkan memiliki fizikal separuh manusia dan separuh anjing serta didakwa telah membunuh dua ekor anjing jenis German Shepherd dan Pitbull.

Gambar kelibat makhluk itu dirakam dengan badan bongkok seperti unta dan berjalan menggunakan keempat-empat kaki yang panjang dan tirus. Makhluk itu juga memiliki leher panjang dan bentuk muka seperti kuda atau arnab.

Rakaman gambar itu dikongsi oleh pemilik akaun YouTube, UFOmania dan kini mendapat tontonan hampir 30,000 kali. – Agensi