Kamera litar tertutup merakam wanita itu menyelinap masuk dengan mudah dan terus memecah mesin simpanan wang di kaunter bayaran kedai itu pada 21 Disember lalu.

Walaupun berjaya mencuri sejumlah besar wang tunai, wanita itu dilihat tertarik dengan pelbagai alat solek di kaunter tersebut dan mula mendandan diri termasuk melentikkan bulu matanya.

Selepas puas berdandan, wanita itu perlahan-lahan berjalan keluar dari kedai tersebut dengan poket dipenuhi duit dan muka dipenuhi solekan tebal.

Polis masih menyiasat bagaimana pencuri itu boleh menyelinap masuk dan keluar dengan mudah sehingga tiada rasa cemas untuk mendandan diri. – Agensi