Pemilik premis itu, Kevin Victory berkata, dia menerima sepucuk surat daripada peguam yang mewakili pencuri itu yang menuntut pampasan disebabkan klien beliau mengalami kecederaan ketika berada di dalam kedainya.

Menurut laporan, tiga lelaki menggunakan tukul untuk memecah masuk ke dalam kedai Centra milik Victory pada November 2015. Bagaimanapun, rompakan itu gagal selepas mereka ditahan polis.

Salah seorang suspek cedera pada skrotum sewaktu cuba melarikan diri daripada polis. Lelaki itu kemudiannya dibawa ke hospital untuk rawatan. Semua tertuduh dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan.

Victory memberitahu stesen RTE Radio One bahawa kumpulan pencuri itu menyebabkan kerosakan bernilai €3,000 (RM14,400) di kedainya selain merosakkan televisyen litar tertutup yang merakam kejadian jenayah itu. – Agensi