“Kami mahu pengguna fokus pada kepingan roti bakar ini dan memperlakukan makanan ini dengan penuh rasa hormat,” kata Pengurus Pembangunan Teknikal Mitsubishi Electric, Akihiro Iwahara seperti dilaporkan Bloomberg baru-baru ini.

Berikutan pengenalan alat pembakar roti tersebut, pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi dengan ada antara mereka mengatakan Jepun sudah mencapai tahap tertinggi penghasilan alatan elektronik manakala yang lain menegaskan pembakar roti berharga murah juga mampu menghasilkan roti bakar sempurna.

“Kami tidak meminta pelanggan untuk membuang alat pembakar roti mereka tetapi untuk menghargai alat ini yang berada dalam kategori berlainan,” kata Pengurus Besar Pemasaran Unit Barangan Rumah Mitsubish Electronic, Hiroaki Higuchi.

Alat pembakar roti yang dinamakan Bread Oven itu telah berada di pasaran sejak bulan lalu dan dijual antara harga 20,000 yen (RM760) sehingga 30,000 yen (RM1,100) dengan menyasarkan warga Jepun yang mempunyai cita rasa tinggi. - Agensi