Akibat serangan itu, trak pikap dipandu mangsa terbabas ke dalam parit.

"Pemandu, Bahreng Mail, 31, mati di tempat kejadian akibat kesan-kesan tembakan di badan dan muka. Tujuh kelongsong peluru shot gun turut ditemui," kata Ketua Polis Siasatan Daerah Bachok Kol Akkaradech Chimpong kepada pemberita.

Kedua-dua mangsa menurutnya dalam perjalanan ke kawasan pembinaan jalan raya ketika kejadian.

Mangsa yang cedera parah dikenali sebagai Rajibman Kori yang bekerja sebagai pembantu syarikat kontraktor yang memajukan pembinaan jalan raya berkenaan, katanya.

Polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian. - Bernama