Menurut akhbar Daily Mail, polis Queensland menahan lelaki berusia 57 tahun itu ketika dia memandu di Jalan Mount Gravatt Capalaba di sini pada Sabtu lalu.

Rakaman kamera polis menunjukkan kereta sedan jenis Ford Falcon itu dipenuhi beg beli-belah, tin kosong, botol air dan kotak kadbod.

Kertas dan katalog pula bersepah pada papan pemuka dan bahagian belakang kereta tersebut.

Sampah-sarap di dalam kereta itu menghalang pandangan hadapan, belakang dan sisi pemandu.

“Kereta ini penuh dengan sampah,” kata seorang anggota polis wanita dalam rakaman video itu ketika dia memeriksa kenderaan berkenaan bersama rakan setugasnya.

Lelaki itu didenda AS$311 (RM1,303) kerana memandu kenderaan tanpa pandangan jelas pada semua arah.

Dia juga didenda AS$427 (RM1,789) lagi ekoran memandu kenderaan yang tidak berdaftar. – Agensi