Pemburu-pemburu Britain didapati membunuh kira-kira 500 ekor babun dan monyet sepanjang tempoh 30 tahun, manakala aktiviti tersebut hanya berakhir dua tahun lalu, demikian menurut satu laporan.

Beratus-ratus bahagian tubuh primat itu dibawa pulang ke Britain sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan babun dan monyet vervet menjadi sasaran paling popular.

Semua haiwan tersebut dibunuh bagi tujuan keseronokan atau dikenali sebagai pemburuan trofi.

Pemburuan primat adalah sah di sisi undang-undang antarabangsa, manakala penganjur ekspedisi rata-rata mengenakan bayaran kurang daripada £17(RM86.65) untuk memburu monyet.

“Penganjur juga membenarkan spesies itu ditembak secara percuma atau mengenakan bayaran kurang daripada £16.45 (RM83.89), ” kata Iris Ho yang merupakan pakar kanan program hidupan liar, Persatuan Perikemanusiaan Antarabangsa.

“Ini sangat menjijikkan, dan ia benar-benar mengejutkan ramai pembela haiwan,” tambahnya 
– Agensi