Stephen Geddes, 16, dari Dingle terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke kolej elit tersebut selepas memenangi hadiah biasiswa.

Kolej yang terletak di Windsor, Berkshire itu dikatakan mengenakan yuran £38,000 (RM208,000) setahun.

Geddes yang akan belajar matematik, biologi, kimia dan fizik bagaimanapun dijadual mula belajar di kolej yang pernah disertai oleh Putera William dan Putera Harry itu pada September akan datang.

Geddes merupakan anak bongsu daripada empat beradik kepada pasangan Brenda, 54, dan Stephen, 50.

Bapanya hanya bekerja di bahagian makanan beku di Tesco dan tinggal di sebuah kawasan yang sangat sesak. – Agensi

IMEJ menunjukkan Kolej Eton di Berkshire, Britain.