Satu rakaman video menunjukkan empat lelaki muda itu terserempak dengan longgokan batu pelik dalam lumpur merah di sini pada 11 Mei lalu.

Mereka kemudian menyerahkan penemuan itu kepada sebuah muzium tempatan yang meminta bantuan pakar daripada Akademi Sains Cina bagi mengesahkan penemuan itu.

Longgokan itu disahkan fosil telur dinosaur daripada Zaman Batu Kapur (Cretaceous) antara 145 juta tahun hingga 66 juta tahun lalu.

Wilayah Jiangxi merekodkan banyak penemuan fosil sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan digelar sebagai ‘kampung halaman dinosaur’. - Agensi