Halangan itu berikutan sekatan ketat antarabangsa terhadap Pyongyang.

Usul mengenainya dibentangkan oleh Washington selepas krisis kemanusiaan menyebabkan kira-kira 10 juta orang atau hampir separuh populasi Korea Utara menderita akibat kekurangan makanan, kata beberapa pegawai PBB.

Menurut PBB, sekatan ke atas Korea Utara tidak seharusnya menjejaskan bantuan kemanusiaan tetapi organisasi-organisasi yang terlibat dalam pengagihan bantuan berkata, sekatan perdagangan dan perbankan menimbulkan halangan birokrasi serta melambatkan agihan bantuan asas.

Cadangan AS yang dikemukakan pada bulan lalu itu akan menyediakan arahan jelas kepada organisasi bantuan dan kerajaan untuk memohon pengecualian sekatan PBB bagi tujuan kemanusiaan, demikian menurut teks sama.

Selepas rundingan diadakan selama beberapa minggu, jawatankuasa sekatan PBB dijangka meluluskan garis panduan itu pada Isnin depan.

Sebaik sahaja diluluskan, satu notis akan dihantar kepada 193 negara oleh jawatankuasa PBB ‘untuk memberikan penjelasan komprehensif mengenai meka­nisme pengecualian sekatan tersebut.

Tindakan itu dibuat ketika AS meminta sekatan maksimum dikekalkan ke atas Korea Utara bagi memaksa pemimpinnya, Kim Jong-un mematuhi janji untuk melucutkan senjata nuklear di Semenanjung Korea.

Seorang pegawai AS berkata, garis panduan itu akan memastikan supaya ‘hanya aktiviti kemanusiaan bagi tujuan menyelamatkan nyawa di Korea Utara dapat diteruskan’.

Majlis Keselamatan PBB me­laksanakan tiga sekatan ketat yang menyasarkan ekonomi Korea Utara sebagai tindak balas terhadap ujian nuklear keenam dan pelancaran misil balisitik oleh Pyongyang. – AFP