Laporan tahunan oleh Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres itu termasuk dakwaan layanan teruk, kawalan, penjenayahan dan kempen pre­judis terhadap pejuang hak asasi manusia.

“Dunia terhutang budi kepada golongan berani ini yang mempertahankan hak asasi manusia. Mereka ini juga memberikan maklumat dan berhubung de­ngan PBB bagi memastikan hak mereka untuk turut serta dihormati,” kata Guterres dalam laporannya.

“Menghukum seseorang individu kerana mereka bekerjasama dengan PBB adalah amalan yang memalukan,” tambahnya.

Semua 38 negara itu termasuk 29 negara yang merekodkan kes baharu dan 19 negara lagi dengan kes sedia ada.

Kes baharu itu dikesan di Bahrain, Cameroon, China, Colombia, Cuba, Republik Demokratik Congo, Djibouti, Mesir, Guatemala, Gu­yana, Honduras, Hungary, India, Israel, Kyrgyzstan, Maldives, Mali, Maghribi, Myanmar, Filipina, Rusia, Rwanda, Arab Saudi, Sudan Selatan, Thailand, Trinidad dan Tobago, Turki, Turkmenistan dan Ve­nezuela.

Kerajaan kerap menge­nakan dakwaan keganasan terhadap aktivis hak asasi manusia dan menyalahkan mereka kerana bekerjasama dengan entiti asing atau merosakkan reputasi ataupun keselamatan negara, demikian menurut laporan itu.

“Wujud trend membimbangkan untuk menggunakan alasan keselamatan negara atau strategi antipengganas oleh kerajaan sebagai justifikasi untuk menyekat akses komuniti dan pertubuhan masyarakat kepada PBB,” kata laporan itu lagi.

Wanita yang bekerjasama dengan PBB pula me­laporkan tentang ancaman rogol selain menjadi sasaran kempen online dengan tujuan untuk memburuk-burukkan reputasi mereka. – Reuters