Bolivia, Britain, Mesir, Perancis, Itali, Senegal dan Sweden meminta supaya mesyuarat itu diadakan dengan segera.

Mesyuarat tersebut dikatakan bermula pukul 10 pagi (waktu tempatan), namun terdapat beberapa agenda lain yang akan turut dibincangkan, kata Jepun yang mempengerusikan mesyuarat itu.

Malah, kelapan-lapan negara berkenaan turut meminta supaya Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menyampaikan ucapan pada pembukaan mesyuarat berkenaan.

Selepas pengumuman Trump, Guterres berkata, status terakhir Baitulmuqaddis hanya boleh diselesaikan menerusi rundingan terus antara Israel dan Palestin.

Menurutnya, beliau secara konsisten menentang terhadap langkah sebelah pihak itu.

“Tiada sebarang alternatif terhadap penyelesaian kedua-dua negara berkenaan,” katanya. – AFP